Monday, June 27, 2011

Perkongsian Info

Mutakhir ini, sahabat sebaya ana da berbincang hal2 walimah, baitulmuslim..dan sebagainya..well..ni sedikit yang berkaitan..

moga ada manfaat..^^
Cinta Dalam Diam 


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, 
Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana 
diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..
Menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merusak izzah dan iffahmu ..

Kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..
Kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt pilihkan untukmu ...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali ??
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan ...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah ....
Kerana dalam diammu tersimpan kekuatan ... kekuatan harapan ...
Hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata ...
Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya ??

Dan
jika memang 'Cinta Dalam Diammu'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam .Jika dia memang bukan milikmu, 
Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ...
Biarkan 
'Cinta Dalam Diammu'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ...

Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba mungkinkah dengan redha-Nya atau hanya mengundang mur
ka-Nya..




Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .” (QS. Adz Dzariyat:49)
" Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas(pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. ” (QS. An Nuur: 32)
" Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. "  (QS. Ar-Ruum:21)
Tapi jika memang kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah, berpuasalah…
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena ssungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya ” (Hadis) "
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)

Cukup cintai ia dalam diam…
bukan kerana membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia…tapi meraih syurga-Nya bukan kerana lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan…
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cubaan kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan kerana hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kegelesahan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan…
memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaan mengharapkan balasan hanya akan menambahkan kebahagiaan para syaitan…

Maka cintailah ia dengan keikhlasan...
kerana tentu kisah fatimah dan ali bin abi thalib diingini oleh hati…tapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi…?
"…boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ” (QS. AlBaqarah:216) "
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26) "
Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…
kerana tiada yang tahu rencana Tuhan… mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan. Serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya… 

Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ” (Umar bin Khattab ra.)







Wallahualam...

Saturday, June 11, 2011

Tazkiah Hati #1

1) Terjaga dari pesona dunia
Allah tidak akan membiarkan orang yang dicintaiNya terpesona dengan dunia dan dunia menguasainya. Jika selama 24 jam dlm sehari, seseorang banyak mengingati Allah, maka itu tandanya Allah mencintainya.

2) Taat beragama
Walaupun seseorang baru melangkah satu langkah menyambut ketaatan kepada Allah dengan menjalankan ajaran agama, maka yang demikian adalah petanda Allah mencintainya.
Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah memberi dunia kepada orang yang mencintai dunia dan juga kepada orang yang tidak mencintainya, tetapi Dia memberi agama hanya kepada orang yang Dia cintai. Barangsiapa diberi agama oleh Allah, maka Dia telah mencintainya."
Jadi, jika seseorang mula tergerak untuk mempelajari dan mengamalkan ajaran agama, maka itu petanda bahawa ia dicintai Allah.




















3) Mendalami agama
Ini juga dapat diperoleh secara bertahap seperti ketaatan beragama. Pada mulanya ia mungkin tidak memahami Islam sedikit pun, kemudian sedikit demi sedikit mula mempelajari Al-Quran dan dasar2 agama, lalu meningkat mempelajari agama secara mendalam, dan akhirnya dikenali sebagai ahli agama.

4) Sikap lemah lembut
Apabila ia dianugerahi sifat lemah lembut sehingga menjadi hamba yang penyantun, maka sebenarnya ia dicintai oleh Allah. Sebaliknya, orang yang tidak mampu mengawal dirinya, walaupun hanya kerana persoalan yang kecil sahaja, ini akan membuatkan ia jauh dari dicintai Allah.





















5) Diberi kemudahan melakukan ketaatan
Allah akan mudahkan jalan2 kebaikan bagi orang2 yang dicintaiNya.

6) Diberi kesulitan melakukan kemaksiatan

Allah akan menutup kesempatan dan jalan2 kepada kemaksiatan bagi orang2 yang dicintaiNya.




















7) Husnul khatimah

Akhir hayat orang yang dicintai Allah akan ditutup dengan pengakhiran yang baik. Ada sebahagian orang yang semasa hidupnya nampak taat pada ajaran agama, akan tetapi ketika meninggal dunia, amal perbuatannya adalah menentang Allah. Kerana itu, sepatutnya setiap orang perlu bimbang akan kematiaannya saat sedang dalam kemaksiatan. Sebaliknya, amal-amal ketaatan hendaklah sentiasa dijaga agar husnul khatimah menjadi penutup usia. ameen.sumber diambil dari: http://rumahdagangkita.blogspot.com/

Saturday, May 28, 2011

Perkongsian Bijak..share la dengan kawan-kawan..ole2 dr Sabah=)

Dakwah Di Pedalaman Sabah 3: Antara Kulit dan Isi

by Mohd Fadli Yusof on Thursday, May 19, 2011 at 8:13am
Pakcik itu mengaku dia Islam, tapi tidak mahu terima Islam yang amal syariat kerana katanya Islamnya lebih tinggi martabat kerana Islam yang dia belajar itu Islam ”isi”, sedangkan yang kami ajar ini Islam ”kulit”.
Kami hanya mendengar dengan tenang. Tidak menjawab, hanya tersenyum. Menghormati orang yang lebih tua. Menunggu masa sesuai...

Begitulah kami dilatih, agar bersabar, tidak gopoh dan tidak mudah melenting. Orang tua itu bagai serba salah bila kami hanya diam, lebih-lebih lagi tersenyum.

Ustaz Arabi mula bersuara lembut dan tenang. ”Pak cik, dalam dunia ini, semua benda ada kulit. Manusia, binatang, pokok...buah-buahan ada kulit. Buah pisangpun ada kulit.”

”Itu aku tahulah,” Kata orang tua itu.

”Tapi...” sambung Ustaz Arabi. ”Hanya ada satu benda di dunia ini yang tiada kulit.”

Terpinga-pinga orang itu. ”Apa dia?”

Ustaz Arabi tidak terus menjawab. Saya hanya tersenyum...saya tahu jawapannya.

Setelah hening beberapa ketika...nampaknya pak cik itu tidak sabar lagi menunggu jawapan.

Perlahan saja ustaz Arabi menyebut satu perkataan...”TAHI”.

Begitulah rupanya jika dalam hidup ini khususnya dalam mengamalkan Islam hanya mementingkan isi, tetapi melupakan kepentingan kulit. Kulit itulah SYARIAT atau amalan lahiriah, dan isi itulah HAKIKAT atau amalan bathin. Jika pegang hakikat saja (isi) menafikan kepentingan syariat (kulit), samalah tarafnya dengan benda itu...tiada nilai di sisi Allah.

Pak cik itu lantas berkata, ”Antara aku dengan kamu, aku lebih takutkan Allah!”

”Lihat, bila saya sebut ALLAH....tegak bulu roma saya, tanda saya takutkan Allah.” Sambungnya lagi sambi menunjukkan bulu roma ditangannya yang tegak berdiri.

Saya biarkan Ustaz Arabi menjawab, ”Pak cik, ada satu makhluk yang lebih takutkan Allah, iaitu bila disebut Allah, bukan saja tegak bulu roma, tetapi TERBAKAR.”

”Apa itu?” Orang tua itu bertanya.

Serentak kami menjawab, ”Syaitan!”

Dia terdiam, lalu kami mohon diri kerana orang lain sedang menunggu kami untuk agenda selanjutnya.

Bersambung lagi...

***********************************************
Nota:

Ulasan perbincangan di Cahayafm.net | Murabbi. net | Ikhwan Muslimin

1. Pengajaran buat pendakwah: Para pendakwah hendaklah bersikap tenang, tidak gopoh. Bersabar dan tidak cepat marah, lebib-lebih lagi dengan sasaran dakwah. Maksud sabda Rasulullah ﷺ "Bertenang-tenang itu dari Allah dan tergopoh-gopoh itu dari syaitan." Riwayat Al-Baihaqi

2. Syariat dan hakikat perlu dibawa bersama, seperti bandingan buah, perlunya isi kepada kulit agar isi tidak rosak, dan perlunya kulit kepada isi agar tidak dibuang orang begitu saja. Ilmunya boleh dipelajari lain-lain kitab dan guru, tetapi dalam beramal, ilmunya mesti diamal serentak. Contoh, dalam solat, ilmu tauhid (aqidah), ilmu feqah (syariat) dan ilmu tasawuf (akhlak/hati) mesti diamalkan serentak. Mesti yaqin yang disembah hanya Allah semata-mata, bukan dinding, bukan kaabah. Mesti menepati syarat dan rukunnya, dan mesti di dalam solat itu ada rasa khusyuk, rasa menghambakan diri kepada Allah. Barulah sempurna amalan.

3. Benarlah kata Imam Malik Rahimahullahu Taala: Barangsiapa berfeqah (syariat) dan tidak bertasawuf maka ia jadi fasik. Barangsiapa yang bertasawuf (hakikat) tanpa feqah maka ia adalah kafir zindik.

4. Ertinya kita mesti mengamalkan kedua-duanya sekali iaitu syariat dan hakikat. Kalau kita ambil salah satu kita tidak akan selamat. Kalau kita bersyariat sahaja tanpa dibendung oleh hakikat, kita jadi fasik. Dan kalau kita berhakikat sahaja tanpa kawalan syariat, maka hakikat itu akan mudah rosak dan bila terjadi begitu kita akan jatuh kafir zindik (kafir tanpa sedar).

5. Begitulah kepentingan kedua-dua syariat dan hakikat. Tetapi dalam keadaan keduanya, hakikatlah yang lebih utama. Benarlah sabda Rasulullah ﷺ:"Allah tidak memandang rupa dan harta kamu tetapi Dia memandang hati dan amalan kamu." (Riwayat Muslim)

6. Bukanlah bermakna syariat itu tidak dituntut, bahkan syariat juga adalah hukum-hukum yang fardhu yang wajib diamalkan oleh semua umat Islam. Cuma dalam keadaan keduanya (syariat dan hakikat) itu sama-sama diamalkan, Allah memberi keutamaan pada amalan hakikat. Seperti bandingannya, antara kulit dan isi buah (dalam keadaan keduanya sama pentingnya) tetapi manusia memberi keutamaan pada isi sebab ia boleh dimakan.


محمد فضلي بن يوسف
15 Jamadil Akhir 1432H
19 Mei 2011

Silakan share

(Jika ingin kongsikan di blog, atau di copy paste ke nota anda, sila nyatakan nama saya dan buat pautan ke FB saya, agar saya mudah menjawab segala persoalan yang timbul dari artikel ini. Link terus ke FB saya: http://facebook.com/mfadli11 atau ke note ini, http://www.facebook.com/note.php?note_id=10150249066086719)

Wednesday, May 25, 2011

Amanat Presiden MARUF CLUB pada SMUA yg Bercuti..

Saturday, April 30, 2011

NOTA UNTUK DUTA


[1]
Ya! Untuk DUTA saya tujukan nota ini. Maksud saya (khususnya)
‘amilin MC dan (amnya) seluruh warga UIAM. Pulanglah - di musim cuti ini – sebagai DUTA, DUTA kepada Islam dan DUTA kepada the Garden of Knowledge and Virture – Gedung Ilmu dan Budi (UIAM).

[2] Walaupun agak lewat nota ini saya lontarkan, tidak bermakna tidak perlu lagi untuk saya kongsikan. Walaupun hanya sekadar sebuah NOTA (yang ringkas), saya harapkan kandungannya difahami dan tidak disia-siakan. INGAT! Kita adalah ‘AMILIN MC (dan MAHASISWA UIAM).

[3] Mengapa saya tulis nota ini? Kerana kerisauan dan kebimbangan terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini – budaya fitnah, gejala sosial, jenayah – yang seolah-olah tidak berpangkal hujung bahkan kelihatan semakin menyubur.

[4] TAPI...apa yang kita BUAT?

Persiapan DUTA

[5] Mengerjakan tugasan mestilah dengan cukup persiapan. Tanpa persiapan, gagal pekerjaan. Saya seru kepada para DUTA sekalian, marilah bersungguh dan istiqamah dengan beberapa persiapan berikut :

Persiapan Spiritual
  1. Baca dan Tadabbur al-Quran, Zikir
  2. Berpuasa Sunat (Isnin & Khamis)
  3. Qiyamullail

Persiapan Mental
  1. Mengukuhkan kefahaman asas Islam
  2. Menguasai isu semasa (background, current situation, exit-solution)

Persiapan Jasmani
  1. Riadhah / Bersukan
  2. Jaga Pemakanan

Peranan DUTA

[6] DUTA mesti berperanan dan bekerja (baca : buat kerja). Tidak cukup dengan sekadar ber’idea’ dan ber’slogan’ semata-mata, apatah lagi duduk diam seribu bahasa. Amanah kita berat, kerja kita banyak, masyarakat semakin tenat. Ingat! Kelak kita akan dipertanggungjawab di akhirat. Mari kita buat kerja :
  1. Menghadirkan diri ke masjid / surau – imarahkan dengan majlis ilmu, sentiasa solat berjamaah, imamkan solat, bergaul dengan masyarakat (orang kampung / taman kita).
  2. Bertindak sebagai ‘real media’ – berjumpa dengan akar umbi masyarakat, beri penerangan secara jelas terhadap sebarang isu menurut pandangan Islam. Manfaatkan juga media alternatif.
  3. Libatkan diri dengan organisasi / entiti yang memperjuangkan dan menggerakkan kebenaran demi menyelamatkan dan mengangkat kemuliaan masyarakat dengan Islam.

[7] Dengan lafaz bismillaahirrahmaanirrahim, saya selaku Presiden MC, meluncurkan ‘amilin MC ke tengah-tengah masyarakat dengan amanah menjalankan tugasan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Bergeraklah dengan mengharapkan balasan Redha Allah.

Siiru ‘ala Barakatillah.


lawat blog beliau: http://engineermemali.blogspot.com/

Monday, May 23, 2011

MEngisi masa lapang


Alhamdulillah..kita  masih boleh menulis..
Alhamdulillah nikmat Iman dan Islam masih ada dalam diri..
Alhamdulillah..Kasih sayangNya masih dapat dirasai..

Masa lapang dan kesihatan adalah dua nikmat yang kita jarang hargai..Bila merasa sakit atau masa yang ada menjadi sempit baru kita merasa sesAL.
Moga kita menambah usaha untuk menjaga kesihatan dan menambah pengisian dalam masa lapang kita..

Kali ini , saya membuka ruang perbincangan buat semua, apa cara atau kaedah yang betul sebelum 
memulakan percetakan risalah yang membina rohani dan mengasah pemikiran minda muslim??

MAd'u pula para penduduuk kampung tercinta  yang disayangi..terdiri daripada mereka yang rata-rata berkerja keras mencari sesuap nasi...teringin melihat mereka dalam kalangan org yang berkerja keras mengejar redha ALLAH jua.

Mari kita bantu mereka..dengan membantu diri sendiri, dan berkongsi pendapat..Ada yg praktikal, kita buat terus..=)

Setelah penat menulis cerita, kini ruangan diskusi dibuka…(^^,)

Moga sesiapa yang mempunyai tips, boleh berkongsi di sini..=)

Wednesday, May 18, 2011

MASS GATHERING on Short SEM..19/5/2011

Hari ini 19Mei ada Mass Gathering MAruf Club..Pakat-pakat la datang ya...Ana doakan para komiti dapat buat kerja dengan lancar..Moga semua urusan dipermudahkan...Jangan Tangguh buat report ya..hehe

Monday, May 16, 2011

Mujahidah buat Mujaheed~Perkongsian dr blog sahabat..

Selagi mana rukun Allah swt tidak dapat ditegakkan, yakni al-Quran dan Sunnah tidak dapat dijalankan di dalam negara kita ini, selagi itulah berdosa seluruh umat Islam yang tidak cuba berjuang untuk menegakkannya di Malaysia.

Kita berjuang bukan untuk mendapat puji-pujian dari sesiapa, bukan untuk mendapat nama, bukan untuk mendapat kesenangan pangkat dan harta atau kedudukan, tetapi kita berjuang adalah kerana mendapatkan keredhaan Allah semata-mata! Dan kita berjuang adalah mencapai tingkatan yang paling tinggi, yakni SYAHID di jalan Allah! Atas nama Allah kita berjuang!

Perjuangan untuk mendapatkan SYAHID bukanlah suatu perjuangan yang main-main, bukan perjuangan yang suka-suka, bukan perjuangan yang olok-olok, tetapi perjuangan ini adalah perjuangan yang merelakan jasad dan roh dilukai dan dicederai separah-parahnya untuk membela Islam, untuk menegakkan daulah Islamiyyah di muka bumi! Perjuangan ini merupakan perjuangan yang memerlukan kegigihan, memerlukan tingkat iman yang tinggi, usaha yang berterusan, dan semangat yang tidak pernah luntur untuk menghapuskan kemungkaran, kemunafikan dan kekafiran di muka bumi ini!

Saudara-saudari yang belum berniat untuk mati syahid, diharap berniat untuk mati syahid mulai detik ini.

Mujahid yang berjuang,
Untuk mengelakkan dari fitnah kubur, SYAHIDlah kamu di jalan Allah! Kerana janji Allah, sesiapa sahaja yang syahid mati di jalan Allah, akan terlepas dari azab kubur, tidak ada lagi roadblock dan sekatan atau soal jawab yang leceh, terus-menerus ke syurga! Terus menerus ke syurga! Terus menerus ke syurga!
Terus mendapatkan Ainul Mardhiah bidadari-bidadari di dalam syurga! Subhanallah! Indahnya Syahid!

Jadi teruslah wahai Mujahideen...dapatkan bidadari2mu di syurga nanti. Dan janji buat Mujahid yang soleh dan komited, adalah para Mujahidah yang solehah.

Wassalam.