Wednesday, May 25, 2011

Amanat Presiden MARUF CLUB pada SMUA yg Bercuti..

Saturday, April 30, 2011

NOTA UNTUK DUTA


[1]
Ya! Untuk DUTA saya tujukan nota ini. Maksud saya (khususnya)
‘amilin MC dan (amnya) seluruh warga UIAM. Pulanglah - di musim cuti ini – sebagai DUTA, DUTA kepada Islam dan DUTA kepada the Garden of Knowledge and Virture – Gedung Ilmu dan Budi (UIAM).

[2] Walaupun agak lewat nota ini saya lontarkan, tidak bermakna tidak perlu lagi untuk saya kongsikan. Walaupun hanya sekadar sebuah NOTA (yang ringkas), saya harapkan kandungannya difahami dan tidak disia-siakan. INGAT! Kita adalah ‘AMILIN MC (dan MAHASISWA UIAM).

[3] Mengapa saya tulis nota ini? Kerana kerisauan dan kebimbangan terhadap apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini – budaya fitnah, gejala sosial, jenayah – yang seolah-olah tidak berpangkal hujung bahkan kelihatan semakin menyubur.

[4] TAPI...apa yang kita BUAT?

Persiapan DUTA

[5] Mengerjakan tugasan mestilah dengan cukup persiapan. Tanpa persiapan, gagal pekerjaan. Saya seru kepada para DUTA sekalian, marilah bersungguh dan istiqamah dengan beberapa persiapan berikut :

Persiapan Spiritual
  1. Baca dan Tadabbur al-Quran, Zikir
  2. Berpuasa Sunat (Isnin & Khamis)
  3. Qiyamullail

Persiapan Mental
  1. Mengukuhkan kefahaman asas Islam
  2. Menguasai isu semasa (background, current situation, exit-solution)

Persiapan Jasmani
  1. Riadhah / Bersukan
  2. Jaga Pemakanan

Peranan DUTA

[6] DUTA mesti berperanan dan bekerja (baca : buat kerja). Tidak cukup dengan sekadar ber’idea’ dan ber’slogan’ semata-mata, apatah lagi duduk diam seribu bahasa. Amanah kita berat, kerja kita banyak, masyarakat semakin tenat. Ingat! Kelak kita akan dipertanggungjawab di akhirat. Mari kita buat kerja :
  1. Menghadirkan diri ke masjid / surau – imarahkan dengan majlis ilmu, sentiasa solat berjamaah, imamkan solat, bergaul dengan masyarakat (orang kampung / taman kita).
  2. Bertindak sebagai ‘real media’ – berjumpa dengan akar umbi masyarakat, beri penerangan secara jelas terhadap sebarang isu menurut pandangan Islam. Manfaatkan juga media alternatif.
  3. Libatkan diri dengan organisasi / entiti yang memperjuangkan dan menggerakkan kebenaran demi menyelamatkan dan mengangkat kemuliaan masyarakat dengan Islam.

[7] Dengan lafaz bismillaahirrahmaanirrahim, saya selaku Presiden MC, meluncurkan ‘amilin MC ke tengah-tengah masyarakat dengan amanah menjalankan tugasan dakwah dan amar ma’ruf nahi munkar. Bergeraklah dengan mengharapkan balasan Redha Allah.

Siiru ‘ala Barakatillah.


lawat blog beliau: http://engineermemali.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment